Sunday, August 15, 2010

tiPs pElAjAR cEmERlAnG

Bercintalah dengan pelajaran, bertunang dengan mengulang kaji, berkahwinlah

dengan peperiksaan, dan berbulan madulah dengan kejayaan.

  • Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.
  • Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar, besar kemungkinan tidak berdisiplin sepanjang hayat.
  • Semua orang mahu berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafsu dan emosi.
  • Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu atau pun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa.
  • Setiap hari, carilah alasan untuk berubah secara positif.
  • Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita.
  • Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita.
  • Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya.
  • Segala kehebatan sudah sedia ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan.
  • Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa.
  • Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang.
  • Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara positif.

No comments:

Post a Comment